Wednesday, April 22, 2009

PERMATA.....

"ketahuilah olehmu, bahawa bencana yang menimpa dirimu bukanlah di sebabkan atas kesalahanmu"
Jadilah jiwa yang menyinari,nescaya alam raya akan menyambutmu...

Pandanglah olehmu akan hidup dengan pandangan cinta dan penuh hara.Kehidupan adalah anugerah Allah untuk manusia.Terimalah hadiah dari Yang Maha Esa,ambillah dengan senang dan berbangga hati.Sambutlah waktu pagi yang cerah dengan senyuman yang merekah,sambutlah malam yang tenang dan sunyi..Sambutlah siang yang bercahaya dan bersinar terang.
Minumlah air yang jernih sambil memuji dan bersyukur...Hiruplah udara dengan kegembiraan dan hati senang...Dan renungkanlah alam raya ini sambil mengambil pengajaran yang berharga darinya...

Carilah pemberian yang berkat di bumi,pada pasu bunga,pada mawar,pada teriknya matahari dan lainnya,Jadikan anugerah itu sebagai modal penolong untuk taat,bersyukur dan memuji Allah..

Berhati-hatilah janganlah sampai engkau diliputi oleh kedukaan,kebimbangan dan keadaan yang tidak menentu kerana nikmat2 ini,sehingga engkau menjadi orang yang keras kepala dan takbur..Akan tetapi ketahuilah,bahawa Allah yang Maha Memberi rezeki tidak mencipta nikmat2 ini kecuali dijadikannya sebagai sarana untuk menyembah-Nya...

''Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar."

No comments:

Post a Comment